There was an error in this gadget

Saturday, 10 December 2011

Kajian Tindakan

Definisi Kajian Tindakan Berdasarkan Buku

Tajuk Buku: Passionate Enquiry and School Development: A Story About Teacher Action Research
Pengarang : Marion Dadds

Berdasarkan buku yang dibaca ini, definisi kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri. (Bassey, 1990)


Kajian tindakan juga adalah merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kesimpulannya, kajian tindakan bagi seorang guru ialah satu proses tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan kepada sesuatu perkara untuk melakukan perubahan di persekitarannya kepada keadaan yang lebih baik.

Bagaimana kajian dilakukan?
Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah tetap iaitu:-

Langkah 1: 
Mengenalpasti isu, masalah dan situasi yang dikaji  
Masalah atau isu disekolah seperti kurikulum, pentadbiran proses pengajaran, pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.

Langkah 2:  
Merancang PenyelidikanUntuk merancang, perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan 
 dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan isu kajian.

Antara lima rancangan yang perlu dititikberatkan didalam merancang kajian tindakan ialah:-
  1. Rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil
  2. Rancang tugas atau tanggungjawab atau aktiviti baru
  3. Rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat
  4. Rancang keperluan lain atau masa yang diperuntukkan
  5. Rancang cara merefleks

Langkah 3: Melaksana Tindakan (bertindak)
Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah-langkah seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.

Langkah 4: Membuat Pemerhatian
Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkahlaku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan.
Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan iaitu diari, jurnal atau buku log). Melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru atau pelajar dan  suasana pembelajaran di dalam kelas.

Langkah 5:Pengumpulan dan penganalisan data
1. Instrumen KajianAntara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian ialah seperti kertas  ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.
 2. Teknik Pengumpulan DataUntuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam kajian  
 tindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai  fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan.

Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data iaitu:
i) Pemerhatian-
Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji.
 -Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi.-Aspek penting  ialah pemerhatian dilakukan secara sistematik.
 -Data yang dikutip dengan cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara  teratur dan pada masa sebenar kajian.
-3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa
pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data-data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota)
 .ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen
Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program.Dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam kajian  tindakan iaitu sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, laporan kurikulum, minit, mesyuarat panitia dan buku-buku yang dikaji
iii) Rakaman Pita Video/TranskripRakaman video
-dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh guru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul
- Rakaman ini juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu dan kumpulan) dalam aktiviti kelas.
- Transkripsi pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru
   iv) TemubualKaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam
- Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek samadan pihak pentadbiran sekolah
- Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang  dijalankan disekolah tersebut.
3. Teknik Penganalisisan Dataproses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia  juga membantu untuk penyelidik merangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.teknik- teknik  membuat analisis;eneliti data secara menyeluruh dengan menetapkan kategori data serta meneliti semula dan membahagikan data mengikut kategori.membuat proses sumbangsaran untuk mendapatkan idea-membuat refleksi idea-mengumpul idea yang tidak berkenaan-semakan semula data-membuat senarai rangka isi-silang rujukan rangka isi- membuat refleksi pada senarai analisis secara perbincangan.

Model Kajian Tindakan McKernans
 
 

No comments:

Post a Comment